Assalamualaikum
Bila raya hamper tiba … mesti ramai
tercari-cari gaya fesyen raya …. Untuk trend terkini, sudah tentu butik-butik
muslimah menjadi tumpuan ramai … baju-baju yang mengikut syariah dan yang pasti
harga berpatutan ..
Siapa yang tak kenal dengan jenama
Muslimah popular, Bella Ammara. Diterajui oleh pasangan suami isteri Belle
Yahya dan Carl Samsudin, jenama Bella Ammara ini telah ditubuhkan pada tahun
2012 dan beroperasi hanya secara kecil-kecilan. Bermula dengan menawarkan
koleksi telekung yang amat berkualiti, Bella Ammara kemudiannya mengambil
langkah berani dengan membawakan koleksi pakaian Muslimah seperti jubah, baju
kurung, blouse dan seluar Muslimah kepada para penggemar.
Jenama yang mengambil garisan syariah
sebagai panduan setiap rekaan yang dihasilkan ini kini bukan sahaja semakin
berkembang di Malaysia, malah turut mula memasuki pasaran antarabangsa. Seperti tahun-tahun yang sudah, Aidilfitri
2016 yang bakal menjelang tidak lama lagi ini juga bakal menyaksikan koleksi
baju raya Bella Ammara yang cukup sopan dipakai dan pada masa yang sama amat
trendi.
Sambut Aidilfitri dengan penuh
keberkahan pada tahun ini dengan menggayakan koleksi jubah moden Bella Ammara
yang boleh anda temui dalam pelbagai pilihan warna menarik. Bukan itu sahaja,
rekaan jubah Bella Ammara untuk tahun ini juga diberikan sentuhan moden
komtemporari yang pastinya menepati citarasa anda.
Selain jubah, Bella Ammara turut
menawarkan beberapa koleksi baju kurung moden yang sopan dipakai, pastinya
dengan potongan yang loose dan sesuai dipakai oleh semua wanita berhijab.
Tunggu apa lagi? Jom serbu Bella Ammara online sekarang!
Thanks For Reading This Entry :)
Ikhlas,
Mummyaza
No comments:
Post a Comment
:: Yg berkata-kata ::