Wednesday, January 17, 2018

.:: Pulai Spring Resort Johor Bahru ::.



Assalamualaikum

Hari nie kiter nak citer pasal jalan-jalan cuti sekolah hari tue , kirenyer nie entry throwback la yer. Nak buat macam mana mummy is super busy termasuk mood nak menulis pon kelaut hehehe. Sebenarnya cuti-cuti nie lebih kepada nak celebrate besday abang tuah dan anniversary saya dan en suami 11 tahun. Add onn la sekali reward untuk adik abid yg dh capai level 10 dier punaya reading book, add on jugak sekali reward untuk adik saya a.k.a ayah chu diorg duduk rumah 2 minggu menjaga 3 org anak sedara, sbb anak sedara x mo duk nersery hehehe. Nmpak x , jimat banyak benda yg mummy celebrate untuk satu percutian kihkih ... giler punya berjimat kan  hahahaha ...

so sy pilih untuk bercuti di JB. Memandangkan,lepas tue kami nak balik batu pahat antar diorg nak duduk kampung 2 minggu hehehe. Klu nak check in hotel, sy lebih suka hotel yg ala2 resort. Tenang dan damaila kirenya. Itu baru dinamakan bercuti, x suka tempat yg crowded2 tgh2 bandar sangat... haih macam2 kan ... :)

Search punya search jumpala pakej menarik sempena cuti sekolah di PULAI SPRING RESORT JB huhuhu


gambar ehsan pakcik google

Kalau nak pi bercuti nie , mmg dr A-Z saya la yg arrangekan. Bila dh final baru minta approval en suami hehehe. En suami pulak x kisah kire on ja. Klu sy yg arrangekan mmg cari harga yang berpatutan dan berbalaoila la kan ... Asal semua happy sudah. Budak2 nie klu nak pi hotel, diorg nak swimming jerr , makan2 x kisah sangat dah , tapi mummynyer suka makan, klu makan x berbaloi dgn bayaran mmg mummy hangin  hehehe.


Nie la pakejnya. Berbaloikan. Bayar RM208 dapat buat semua aktiviti tue plus bilik hotel dan breakfast untuk 2 orang huhuhu. Anak2 happy dapat buat pizza sendiri, naik basikal n main kids indoor. Yg petting rabbit tue kitaorg terlepas pandang hehe rupanya sampai kul 10.30 pagi je heheh ... so x dptla nak tgok rabbit . Nasib baik semua x kisah hehehe


bila dah check in dapat kupon2 nie, and kiter boleh redeem ikut term2 yg ada di setiap kupon :)

Kat Pulai Spring Resort nie ada dua jenis penginapan, iaitu Cinta Ayu Suite & Anugraha Boutique Hotel. Pakej yang kami amik untuk penginapan di Anugraha Boutique Hotel, x jauh dr Cinta Ayu Suite.kawasan hotel. Lepas urusan check in di Cinta Ayu Suite, drive kereta ke Anugraha. Jalan pon boleh tp jauh siket la hehehe. Yg bestnyer kiter boleh park betul depan pintu hotel hehehe ... senang sikit. Kat Anugraha ni bilik tak banyak , hanya 2 tingkat aja, So x ramai dan selesa.


Pemandangan dari balkoni bilik hotel kami. Konsep ala2 masuk muzium gituu hehe. Kayu2 klasik.



Bilik pon agak luas. Katil besar. Kami dh prpare siap2 bawak toto kikiki ... so anak2 tidur atas toto. Bilik nie luas bangat. So semua happy ja.


Toilet ada bath tub. Berendam la semua dlm tue hehehe

Lepas dh rehat2 semua solat bagai, jomla kiter pi redeem2 voucher2 yang dapat tue . Ptg tue hujan, so x boleh la nak buat aktiviti outdoor. Kiter biuat indoor ja. So jom buat pizza. Dah la hujan , makan pizza panas2 mmg best la huhuhu. DIY PIZZA. Diorang dh sediakan bahan, kiter kene buat sendiri pizza.


Time nie kakak madina merajuk. Nak buat pizza pon berebut la hai. Mummy part last sekali tukang taur cheese.
  

pizza siap di bakar , makan panas2 sedap woooo ... :)

Lepas makan pizza , kiter pergi TEETEE CLUB CLUB plk. Kat sini banyak mainan indoor. Voucher tu free untuk 2 kanak2 ... so sorang lagi kene bayar RM12per entry. So bergembirala mereka bertiga selama sejam. Punyala seronok melompat2.


besar tempat nie . Seronok la diorang. Biasanya kalau jalan2 shopping mall mmg mummy x layan klu diorg nak main2 ka sini. Sebab tue bila kat sini diorg super excited. jakun sangat hahahaha


Sejam menunggu diorang main kat sini, nak ajak balik pon susah.Seronok sangat. Okla korang panjang lagi sebenarnya citer. kiter sambung next entry utk citer hari kedua pulak huhuhu. Panjang sangat nak mengarang. hehehehe

Terima kasih sudi baca entry nie.

Mummyaza
170118

No comments: