Monday, April 11, 2011

.:: Telur tiruan .. ??? .. ::.



Kengkawan semua .. entry hari nie sekadar ingin berkongsi info ttg telur tiruan .. macam2 daaa skrg nie .. naik konpiuss dibuatnyerr .. sy dpt info nie pon dr my Ibu .. hehehe .. disebabkan jarang tgok berita kat TV (24 hours ceria chanel) .. my Ibu la bnyk melaporkan berita2 terkini lagi sensasi .. hihihi


So apa lagi .. untk mendapat maklumat lebih jelas .. sy google jer la .. senang .. maklumat kini dihujung jari jerkkk .. Meh kiter baca sesama yer .. semoga info ini membantu kengkawan smua .. :)



Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), telur tiruan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Lebih membimbangkan, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang HARAM dimakan oleh orang Islam. Berikut ini kami kongsikan Cara Untuk Mengenalpasti Telur Tiruan:


Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.




  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.


  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.


  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.


  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.


  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Tips membeli telur agar tidak terbeli telur tiruan.

  • Tengok kulit telur betul-betul. Pastikan anda membeli telur yang pada kulitnya masih terlekat ‘tahi’.

  • Jangan beli telur yang kulitnya bersih sebab kulit telur tiruan semuanya bersih dan berkilat.

  • AWAS! Jangan tertipu dengan kulit yang cantik! Goncang telur. Kalau ada bunyi berkocak seperti air, jangan beli. Kerana telur tiruan akan berbunyi bila digoncang.
Bagaimana telur tiruan dihasilkan ..????

  • Cangkerang telur diperbuat daripada kalsium karbonat.

  • Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

  • Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

  • Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur.

  • Cengkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. TQ kpd PakarHowTo.com .. sy copy paste jer dr blog beliau .. huhuhu .. mohon ampun yeer.. :)

6 comments:

So Shy Lady (SSL) said...

thanx 4 d infos ;)

Mummyaza said...

welcome my dear .. :)

Syerah Omar said...

selamat bekenalan gak dari kami:)

telebih pandai sgt org skang nih.telo pon dah ada yang cetak rompak.masalh sunggoh

PiNk QisH said...

mummy aza..thanks for the info,quite wondering gak psl issue ne tp tak le google lagik..at least skrg da jupe info kat 'tanah' awak ne.hehe..thanks dear..

Mummyaza said...

syerah .. rajin2la jenjalan sinie .. :)

Mummyaza said...

sha .. welcome my dear .. sharing is caring .. heeeeeee :)