Sunday, February 12, 2012

.:: My Oreo Cheese Cake ::.

Bila tgok blog rakan blogger .. Ana .. buat oreo cheese cake .. teringin nak makan ..Nie second time .. buat Oreo Cheese Cake .. buatnyer mudahhh .. cuma tunggu moood jerr .. hehehe .. Memandangkan .. mood baking tgh ader .. try lerr oreo cheese cake nie .. ceke feveret sebenarnyerr .. Kek nie buat last week jugakkk .. Lepas buat .. bwk balik kg .. makan ramai2 hehehhe
Gmbar kek sebelum di bakar .. lepas bakar x sempat nak snap .. meh kiter kongsi resepi .. sebelum nie saya pernak buat jugakk .. Rujuk entry SINI


Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling:-
(2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream/yourgut
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

Base :-
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-
~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn suhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.


Mudahkannn ... Selamat mencuba :)


daaaaa .... !!!!!
Post a Comment