Thursday, March 5, 2015

.:: #Saya Jual CongoBar ::.


Assalamualaikum .. 

Lambat betul nak menghapdet resepi CONGOBAR yg super duper sedap ni kan ???
Minggu nie saya sibuk di opis ... Macam2 hal la kan audit nak masuk nie ....
Selagi  audit x abes ... kelam kelibut la saya hehehehe ...

Okla JOM saya share resepi ... resepi di cilok dr belog Selera Sakura ....
TQ yer tuan empunya belog ... saya curi resepi awak ... hehehe


SUMBER RESEPI : SELERA SAKURA


Bahan-bahannya:

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang (saya guna 200 gm sahaja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa-apa kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional




                                                                                         Cara-cara membuatnya:

  • Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  • Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  • Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  • Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  • Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.



Seperti biasa ... IKLAN ...IKLAN ....

Mummyazahome-baked CONGO BAR
RM18 utk 16pcs ... dlm pack  ... cam nie :)



Thanks for reading this entry .. :)

Ikhlas.
Mummyaza


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Design by UMIESUE STUDIO .. TQ awak!!



Untuk sbrg pertanyaan or order korang bolehla contact2 no kat atas tue .... Love :)






No comments: