Friday, October 16, 2015

.:: Resepi Tart buah-buahan ::.



Assalamualaikum

Salam Jumaat semua ....

Berderet-deret entery resepi huhuhu
X apa la yer ...  sekarang nie saya busy memanjang di ofis ....
susah nak curi masa menghapdet ...

Selalunya saya menghapdet belog diofis jer la sempat
kat rumah x der masa langsung nak duk depan PC ...
banyak kerja rumah yg menanti ... :P

Nie citer sebelum raya haji hari tue ... 
Order dr regular customer saya hehe AYUS 
Tart buah untuk di buat hantaran pertunangan  :)

Dapat request buat tart mmg super excited ...
dah lama nak cuba buat ...
Inilah hasil pertama kali mencuba ...
tidak menghampakan .. hehehe

Mehla saya share resepi :)

SUMBER RESEPI : IZZAH MUFFIN LOVER


CRUST

Bahan-bahan :
250g mentega Buttercup
120g gula ising
2 biji telur gred B
480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)




Cara-cara :

Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.


Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) 

*Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
*Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
*Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
Simpan crust dalam bekas kedap udara.

ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
Pastikan acuan tidak basah.

*** Untuk resepi ni .. saya buat untuk acuan tart yg besar  dapat satu acuan tart besar  size 8' dan 10 biji acuan tart kecil



Bahan2 Untuk Kastad 


1 cawan tepung kastad

2 cawan susu cair

2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin@mentega





Cara2 :

Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.

Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.

Masukkan ke dalam piping bag. 


**Buah2an :

Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi

Potong mengikut citarasa masing2.

**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.



Ada lebih adunan crust td saya buat size kecik2 pulak  .. comey kan :)


TQ Ayus order berkali2 ... :)

Tart Buah-buahan
Kek Cokelat Karamel
Chewy Gooey Brownies



Thanks for reading this entry ...  :)

Ikhlas,
Mummyaza
Post a Comment