Wednesday, November 5, 2014

.:: Resepi- Pizza ::.



Assalamualaikum ...

Mencuri masa menulis kejap .... Hari ni mahu berkongsi resepi pizza pulak ... huhuhu ... buat last week ... 

Bahan-Bahan

500gm tepung roti
1 sudu kecik gula pasir
1 sudu kecik garam halus
300 ml air suam
1 paket yis kering
2 sudu besar minyak zaitun/jagung

  • Satukan yis dan air suam biarkan sekejap then baru tuang ke dalam campuran tepung td.
  • Campurkan 2 sudu besar minyak zaitun/jagung.
  • Mulalah proses menguli.



  • Uli sehingga menjadi doh , begini ... :)
  • Tutup, bekas doh selama 30 minit, supaya doh mengembang.
  • Sementara tue bolehla sediakan bahan2 toping. Mozarella cheese, sosej, sos spaghetti, lada benggala.
  • Lepas 30 minit, adunan akan mengembang. Tepuk2 doh utk buang angin dan uli sekali lagi.


  • Bahagikan doh kepada dua bahagian, tekan2 doh pada pan pizza mengikut ketebalan yg dikehendaki.


  • Laserkan atas permukaan doh dgn sos . Saya guna sos prego siap mushroom skali. Boleh jugak guna tomato puri.


  • Tabur segala bahan2 yg disukai. Utk first doh nie saya cuma letak hirisan sosej bersama daging cincang. Bagi menambah kesedapan letak lada benggala, dan mozarella cheese.


  • Bakar dlm oven dgn suhu 180-200 darjah celcius selama 25-30 minit sehingga garing.


  • Pizza pertama siap di bakar .


  • Pizza kedua, sajer try buat seafood pizza. Letak udang & sotong. Sedap!!!
Okey, senangkan nak buat pizza sendiri?? Kalau free2 boleh la cuba resepi ni. Klu korang nak tutorial silala ke blog  INI ... banyak resepi pizza n roti di kongsi. Terima kasih tuan empunya belog.


Ikhlas, 
Mummyaza


No comments: