Wednesday, November 12, 2014

.:: Resipi ~ Mexican Bun @ Roti Boy ::.


Assalamualaikum,

Belog nie dh jadi mcm belog masakkan pulak hehe ... Cerita pasal projek meroti hari minggu lepas .. dah lama duk usha2 resepi mexican bun nie ... minggu lepas baru berkesempatan buat ... Lagipon bahan2 semua mudah dapat ... Meh nak share resepi .. kali nie agak rajin siket ... siap buat tutorial skali ... Mekasih kpd anak bujang ... menjadi photogrpher mummy heheehe ... :)

BAHAN-BAHAN A (FILLING/INTI)
  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar


  • Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
  • Masukkan esen dan gula perang. 
  • Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


BAHAN-BAHAN B (TOPPING)




  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas~saya guna nescafe 3in1 bancuh ngan 2 sudu air suam.
  • 200 gm tepung gandum

12

  •  Putar mentega + gula icing dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5  minit. 
  •  Perlahan2 masukkan telur.

34

  • Masukkan coffee bancuhan 3 in 1
  • Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. 

  • Rupa topping bila dh siap ....
  • Masukkan ke dalam piping bag
  • Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.

BAHAN-BAHAN C (DOH ROTI) 



  • 500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
  • 2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softner ( optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega


  • Uli sehingga menjadi doh :)
  • Tutup bekas, selama 30 minit sehingga doh kembang.



  • Setelah 30 minit, doh akan kembang
  • tumbuk2 doh utk buang angin
  • Bahagikan doh kpd 15 bahagian kecil2. Satu bhgian 55g

12

  • Leperkan doh diatas tapak tangan, dan masukkan inti / filling


  • Tutup rapat supaya inti x terkeluar semasa proses pembakaran.


  • Susun diatas loyang pembakar yg telah dilanserkan dhn mentega/minyak/ tepung.
  • Rehatkan selama 45 minit.


  • Pipekan topping secara spiral


  • Ok. siap sedia utk di bakar


  • Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170 darjah celcius selama 15-20 minit.


  • Super excited dua org pembantu nie, tgok roti mummy naik dgn jayanya huhuhu


  • Roti setelah siap di bakar ... :)



Okeyla, harap tutorial di atas jelas. Roti nie sirius sedap, lembut dan gebuss. Makan panas2 buat minum petang. Hari tu buat dapat 15 ketul hehehe . X abes makan dirumah, saya siap bawak ke opis hehe, panaskan dlm microwave. Masih sedap!! ...


Thanks for reading this entry. Selamat mencuba readers!!!


Ikhlas,
Mummyaza





No comments: