Tuesday, January 27, 2015

.:: Resipi ~ Kek Marble ::.


Assalmualaikum ... :)

Weekend lepas ... tekak rase nak makan kek ...
Siap google cari resepi kek yg mudah2 ... x banyak step ...
dan akhirnyer decide nak buat kek marble ... :)

Sumber Resepi : CIKLAILI



Bahan-bahan :
250g butter atau marjerin
150g gula
250g tepung - Saya Guna tepung kek/Superfine
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla 
½ cawan susu pekat manis
1 sudu serbuk koko-Saya guna cokelat emulco

Cara-cara membuat kek marble :  
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Tuang esen vanilla dan susu - pukul sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam 1 bahagian adunan.
6. Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli (ikut kreativiti anda).
7. Bakar di dalam oven selama 45-50 minit dengan suhu 170 darjah.



Mudah kan .... ???
Jom try buat weekend nie ...  Saya buat minum petang Ahad lepas ...
Dapatla bg jiran sebelah .. huhuhu

Selamat Mencuba ...  :)


Ikhlas,
Mummyaza

Post a Comment