Followers

Wednesday, January 20, 2016

.:: Outfit Ideas Pakaian Pejabat Wanita ::.


Assalamualaikum

Kadang-kadang kita pening memikirkan outfit ke pejabat. Pagi-pagi bila nak memilih baju termenung dulu depan almari hehe… susah betul nak memilih baju. Pernah tak korang mengalami situasi macami itu?

Dulu saya selalu mengenakan baju kurung bila ke pajabat , bukan apa senang, selesa dan sopan. Tapi bila sekarang ni, mengenakan baju kurung tetiap hari ke office dah nampak mcm x `up to date’ dan bosan pulak. Memandangkan lately nie dah banyak butik2 terkenal mengeluarkan idea-idea fesyen baru, saya lebih banyak pilihan untuk mengenakan outfit yg sesuai ke pejabat.

Jom saya nak share, panduan penggayaan koleksi pakaian pejabat wanita yang boleh korang boleh jadikan inspirasi untuk tampil bergaya di pejabat;-


Dress Muslimah / Maxi Dress

Tampil elegan dan feminine dengan pemakaian koleksi maxi dress atau dress muslimah seperti berikut. Ia mampu meningkatkan lagi keyakinan anda dengan menjadikan anda kelihatan lebih langsing. Selain itu, pemakaian dress muslimah ini juga membuatkan penampilan kelihatan lebih sopan. 


Jumpsuits

Bagi wanita yang bertubuh langsing dan tinggi lampai pula, tampil persis model terkenal dengan menggayakan koleksi jumpsuits seperti berikut ke tempat kerja anda. Ia menyerlahkan lagi potongan kaki anda yang panjang dan mempu menarik perhatian setiap yang memandang!


Blouse Muslimah

Lupakan kemeja dan tampil bergaya dengan aneka rekaan blouse Muslimah terkini yang boleh anda temui di pasaran. Pemakaian blouse Muslimah adalah lebih selesa dan boleh digayakan dengan apa jua jenis seluar atau skirts. 


Outerwear

Untuk gaya yang lebih ‘smart’, anda boleh memakai outerwear seperti jacket, blazer atau cardigan sebagai pelengkap gaya anda. Ia sempurna untuk dipakai oleh wanita berhijab mahupun tidak berhijab. 

Antara koleksi-koleksi pakaian ke pejabat di atas, saya selalu mengenakan koleksi pertama dan ketiga iaitu dress muslimah atau blouse yang dipadankan dengan skirt atau seluar.
Saya lebih selesa mengenakan baju-baju muslimah, sbb ia tidak terlalu mengikut bentuk badan , nampak lebih sopan dan sudah pasti selesa. Pemakaian yang kemas  juga boleh menaikkan lagi ‘self-confident’ saya jika mahu berdepan dengan orang ramai.

Harap panduan kat atas, dapat membantu korang dalam membantu korang memilih outfit sesuai ke pejabat. 

Thanks For reading this entry :)
Ikhlas,
Mummyaza

Post a Comment