Wednesday, February 11, 2015

.:: Resepi~ Tart Telur ::.



Assalamualaikum ...

Hari nie nak share simple resepi ...
First time cuba buat tart .. x menghampakan ...
sedap macam kat kedai ... walopon rupa x seindah mana hehehe



Hasil kreativiti madina & tuah ...

Meh share resepi ... Saya follow resepi dr blog 


Bahan Pastry

Bahan A
300 gm tepung gandum
60 gm gula icing
180 gm mentega
Garam
Bahan B
1 biji kuning telur
Bahan inti
Bahan A
2 biji telur
1 sudu the esen vanilla
Bahan B
180 gm air
120 gm susu cair
1 cam b susu pekat
45 gm gula
Garam
Beberapa titis pewarna kuning telur




Cara membuat pastry
1. Gaul bahan A hingga menjadi serbuk roti (Teknik Bread Crumb).
2. Masukkan Bahan B. Gaul hingga menjadi doh.
3. Masukkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
4. Terap dengan acuan pie dan sapukan putih telur.
5. Bakar anggaran 10 minit. 180 c.
Nota: kalau adunan pastry berderai tambah putih telur sedikit/ sedikit air sejuk
Cara membuat inti
1. Pukul bahan A dan kacau rata.
2. Masak bahagian B dengan api yang perlahan jangan sampai mendidih.
3. Dengan perlahan masukkan bahagian A dan kacau sebati.
4. Masukkan pewarna kuning. Tapiskan.
Akhir sekali nak memperkenalkan chef belakang tabir ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Anak dara sorang nie ... sibuk nak tolongg ... :)


penambah kacau bilau di  dapor ... HAHAHA ...

Terima kasih kepada tuan punya resepi .... 

Selamat mencuba korang  ... !!!

Thanks for reading this entry :)

Ikhlas
Mummyaza

Post a Comment