Tuesday, October 21, 2014

.:: Resepi Donut Gebu ::.



Assalamualaikum, 

Hari nie nak share resepi donut gebusss .... Bila buat dh menjadi baru boleh share kat belog ... huhu ... Rasenyer dh brp kali try buat donut, asyik x jadi jer, kali nie punyer resepi mmg betul2 jadi okey ... Korang boleh try resepi kat bawah nie :-

Bahan-bahan (untuk 34 biji)
1 kg tepung gandum 

1 pkt yis segera mauripan (11g)
2 sb susu pekat manis
1/2 st garam
1/2 cwn minyak masak
550 g air bertapis
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara cara
Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.

Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.

Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.

Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.

Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.


Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.



Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan

Tunggu suam (dalam 2 minit diangkat) sebelum digaulkan dalam gula caster bagi mengelakkan gula cair melekat. Atau boleh juga dihias sesuka hati anda sebelum dihidang



Nie la rupa donut saya, x kreatif betul tangan saya nie,hehehe .. walopon rupanya agak x comel ... tp rasenyer marbeles ...


Lihat sahaja madina makan ... mahu sepinggan tue dier punya


Sbhgian drp donut saya goreng separuh masak .. utk di frozenkan ...


Hasilnya bento anak2 pagi nie, donut frozen utk breakfast, ayam masak lemak+ daging masak halia utk lunch ... buah oren pencuci mulut .. gembira sorang2 bawak bekalan hehehe


P/S : Untuk pengetahuan korang, saya hanya membuat separuh adunan sahaja, sbb rase 1kg tepung tue mcm banyak sgt, so saya hanya guna 1/2 kg tepung dan bahan2 yg lain sukat sendiri utk 1/2 adunan.

Saya x rajin nak buat tutorial step by step hehehe ... resepi nie saya ambil di blog INI ... tutorial siap semua... mudah. Terima kasih kepada tuan empunya belog .. :)

Dan terima kasih juga kpd korg yg sudi baca entry ini .. :)

Ikhlas,
Mummyaza

No comments: