Tuesday, October 28, 2014

.:: Resepi-Hokkaido Chiffon Cupcakes ::.


Assalamualaikum,

Atas permintaan kwn2 FB. Meh nak share resepi Hokkaido Chiffon Cup Cakes.

BAHAN2 A

4 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml susu segar
40 ml minyak jagung
1 sk asean vanilla

55gm tepung kek/tepung gandum **
20gm tepung kastard**
1 sudu teh baking powder**

Satukan bahan bertanda (**)  ayak dan asingkan.

Cara-cara membuat bahan A

  • Satukan gula dan kuning telur. Kacau sehigga warna telur seakan-akan putih dgn menggunakan whisk sahaja.
  • Kemudian masukkan minyak jagung, susu dan asean vanilla.
  • Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung yg telah diayak td.
  • Kacau sehingga sebati dan ketepikan sekejap.

BAHAN2 B

80gm gula castor
1/4 sudu kecil garam
4 biji putih telur

Cara-cara membuat bahan B
  • Pukul putih telur menggunakan mixer (high speed) sehingga kembang dan berbuih.
  • Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.
  • Sambung pukul sehingga kembang, sampai dapat soft peak bertanduk. SIAP.

NEXT STEP

  • Satukan sedikit demi sedikit bahan B kedalam bahan A. Satukan adunan dgn menggunakan teknik kaup balik. Tidak perlu menggunakan mixer.
  • Bila sudah sebati, masukkan kedalam bekas sehingga paras 3/4  bekas.

  • Bakar selama 15-20 minit 170'c


  • Bila dh masak sejukkan pada suhu bilik.



Bahan2 cream custard
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung/tepung kastard
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 bji telur + sedikit esen vanilla
1 sudu besar mentega


Cara2 membuatnya
  • Masukkan tepung jagung,tepung gandum, gula kedalam periuk.
  • Masukkan1-3 sudu besar susu, kacau rata supaya tidak berketul.
  • Masukkan telur dan asean vanilla, kacau rata.
  • Masukkan baki susu, kacau sehingga sebati.
  • Masak di atas api sederhana, kene sentiasa gaul sehingga mendapat kepekatan yg dikehendaki.
  • Sejukkan suam2 sahaja utk dipiping dlm cupcakes. SIAP.
  • Hias mengikut citarasa sendiri.



Saya cuma tabur gula icing shj. Boleh jugak letak buah2an diatas.



Struktur kek lembut. ala2 kek span berinti custard.



Di sebalik tabir. Chef2 cilik yg membantu mummy di dapor.. huhuhu 

Okey, mudah jerkan resepi nie. Try la buat weekend2 nie. 

Biaserla, saya x rajin membuat tutorial, hehehe ... sila rujuk ke blog INI .. blog DOCTOR RAI nie .. blog feveret saya, banyak resepi2, yg mudahnyer tutorial siap sekali. Confirm jadi kek kalau ikut step.

Selamat mencuba & Timer kasih sudi singgah di entry ini.


Ikhlas,
Mummyaza





No comments: